[VIDEO] Malakat Mall terus jadi tumpuan, terima ‘tetamu istimewa’

0
501
‘Tetamu istimewa’ dari Masjid Abu Ubaidah al-Jarrah sedang mendengar taklimat yang disampaikan oleh Mohd. Fadzil di Malakat Mall, hari ini. – MALAKAT TRIBUNE

RAUDHAH CITY – Pusat beli belah Malakat Mall terus menjadi tumpuan orang ramai sejak Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP) dimulakan pada 10 Jun lalu.

Dan hari ini, kira-kira 60 orang ‘tetamu istimewa’ dari Masjid Abu Ubaidah al-Jarrah, Taman Seri Rampai tiba untuk mengenali dengan lebih lanjut mengenai peranan pusat beli belah BMF ini dalam memperkasakan ekonomi orang Islam.

Ketibaan kumpulan tersebut pada kira-kira pukul 11.30 pagi disambut oleh pengasas Malakat Mall, Mohd. Fadzil Hashim.

“Sebelum ini saya hanya mendengarnya dari rakan-rakan yang pernah datang (ke sini), dan baca di media sosial sahaja.

“Hari ini, saya dapat jejak kaki saya sendiri. Pengalamannya memang lain dari yang lain,” kata ahli jawatankuasa masjid tersebut, Sharil Maon.

SHARIL MAON

Sejurus dibawa melawat ruang jualan, kesemua tetamu istimewa ini kemudiannya diberi taklimat khas berkenaan perjuangan Malakat Mall dan fungsi KoPPIM sebagai pemangkin gerakan ekonomi.

“Sudah sampai masanya kita umat Islam bergerak bersama dalam bidang ekonomi.

NORIZA MUHAMAD

“Tiada apa yang mustahil jika kita dapatkan kesatuan ini,” kata Ketua Biro Muslimat, Noriza Muhamad.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here