Meatball, Korean Fried Chicken dan Laksa Mami Penang hot sale di Bunch-Oh

0
168

RAUDHAH CITY- Restoran Bunch-Oh yang beroperasi di pusat beli belah Malakat Mall menyenaraikan tiga hidangan ‘hot sale’ yang menjadi pilihan pelanggan.

Pengarah Bahagian Food & Bevarage (F&B) Malakat Mall, Aziz Juhari berkata, tiga hidangan berkenaan ialah Meatball, Korean Fried Chicken dan juga Laksa Mami Penang.

Beliau berkata, ketiga-tiga hidangan berkenaan terutamanya Meatball merupakan hidangan wajib ada di atas meja pelanggan yang memasuki Restoran Bunch-Oh.

“Selain tiga hidangan itu, menu lain seperti pizza dan takoyaki juga diterima baik oleh pelanggan. Cuma, buat masa ini jualan paling tinggi ialah tiga hidangan tersebut.

“Lebih-lebih lagi Meatball atau bebola daging. Resipi menu ini ialah kita hasilkannya sendiri mengikut idea dan citarasa tukang masak kita yang berpengalaman luas.

“Kita kisar dan kepal sendiri, ia menjadikan rasa itu lebih enak. Maklum balas pelanggan juga amat baik dan mereka kata Meatball kita sedapa dan berbeza dari tempat lain.

“Apa yang istimewa, Meatball ini kita buat secara harian. Proses masakan kita rendam dalam air panas sebelum goreng dan diadunkan dengan sos dan juga kentang,” katanya.

Jujur katanya, bagi mendapatkan sos terbaik, tukang masaknya yang diketuai Cef Azizan Shukri mengambil masa agak lama untuk memastikan ia ‘kena’ dengan citarasa pelanggan.

“Untuk nilai sendiri, orang ramai boleh datang rasa kesegaran dan kelembutan Meatball Bunch-Oh. Kita juga letak jem dalan hidangan ini, itu kelainan di sini, lembut dan cair di dalam mulut.

“Harga hidangan ini ialah RM13 untuk 12 biji Meatball. Manakala Korean Fried Chicken pula berharga RM23 dan Laksa Mami Penang RM9.90, jemput datang dan rasa kelainan di sini,” katanya.

Dalam pada itu katanya, semua tukang masak di Bunch-Oh mempunyai pengalaman 20 hingga 30 tahun dalam bidang masing-masing selain pernah berkhidmat di luar negara.

“Semua cef yang kita ada mempunyai kepakaran dalam bidang masing-masing yang diketui oleh Cef Azizan. Jika mahu rasa air tangan mereka, datanglah ke Bunch-Oh,” katanya.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here