Pemilihan jemaah haji lalui tapisan ketat, perlu jalani kuarantin sebelum dan selepas

0
28
Para jemaah haji melakukan tawaf dengan mengamalkan penjarakan sosial. – AGENSI

CYBERJAYA – Kerajaan Arab Saudi tidak mendedahkan jumlah sebenar jemaah yang dibenarkan menunaikan haji tahun ini, kali pertama dalam sejarah ibadah itu ditunaikan tanpa kehadiran para jemaah luar negara bagi menghalang perebakan Covid-19.

Menurut laporan Associated Press, para jemaah yang dibenarkan dilihat memakai pelitup muka, melakukan penjarakan sosial dan bergerak dalam kumpulan kecil selari dengan arahan kerajaan Arab Saudi yang membiayai segala perbelanjaan jemaah.

Ibadah haji tahun ini hanya dibenarkan bagi warga negara Arab Saudi dan warga asing yang menetap dalam negara tersebut.

Individu yang terpilih untuk menunaikan haji kali ini dipilih menerusi pendaftaran di sebuah portal online, berumur di antara 20 hingga 50 tahun, tidak mempunyai sejarah penyakit kronik dan tidak menunjukkan sebarang simptom Covid-19, dengan keutamaan diberikan kepada individu yang belum pernah menunaikan haji sebelum ini.

Para jemaah kemudiannya perlu menjalani ujian Covid-19, dan memakai gelang elektronik bagi memantau segala pergerakan mereka, dan perlu menjalani proses kuarantin di rumah atau di hotel sebelum bermulanya ibadah ini.

Mereka juga diperlukan untuk sekali lagi menjalani proses kuarantin selama seminggu sejurus tamat menunaikan haji.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here