Pertambahan kes tempatan jangkitan Covid-19 bukan ‘benda kecik’

0
81

NADA suara pihak Kerajaan dua, tiga hari ini sudah mula menunjukkan sedikit ketegasan.

Manakan tidak, jumlah kes positif baharu Covid-19 mula memaparkan trend menaik, sejak minggu lalu.

Pada hari ini sahaja, terdapat 9 kes baharu dilaporkan, yang terdiri daripada 6 kes akibat penularan tempatan manakala selebihnya kes import.

Ini menjadikan kes Covid-19 yang diklasifikasikan sebagai aktif kepada 143 hari ini, berbanding hanya 77 kes pada 16 Julai lalu.

Peningkatan sebanyak 66 kes dalam masa 7 hari bukanlah suatu perkara yang perlu diambil ringan oleh kita semua.

Cakcibor sendiri nampak kebelakangan ini, ramai yang seolah-olah lupa bahawa keadaan masih belum pulih sepenuhnya dan terus menerus melanggar prosedur standard (SOP) yang ditetapkan Kerajaan.

Mana perginya pemakaian pelitup muka? Dan ke mana halakah perginya penjarakan sosial?

Sebelum ini, kita sudah hampir berjaya memutuskan rantaian jangkitan tempatan, dengan angka kes positif majoritinya dari kes-kes import.

Kegagalan mematuhi norma baharu, seperti mematuhi perintah kuarantin di rumah bagi individu yang pulang ke negara nampaknya memberi kesan kepada pertambahan angka kes positif baharu.

Perkara ini disahkan sendiri oleh Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk De. Noor Hisham Abdullah dalam satu paparan dalam akaun media sosial miliknya, apabila terdapat sekurang-kurangnya tiga kluster baharu – Novgorod, Pitakwa dan Shirala berpunca daripada pelanggaran SOP dalam kalangan individu yang pulang dari luar negara.

Sedarlah, perjuangan kita masih jauh lagi. Dan perjuangan ini tidak akan pernah selesai selagi kita lupa dan alpa.

Kerajaan hari ini, menerusi Noor Hisham ada berkata hari ini, bahawa “KKM tidak menolak kemungkinan mengadakan PKPD atau PKP secara lokal jika kes baharu terus meningkatkan di kawasan terlibat.”

Nak kena Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) lagi kah?

Sendiri mau ingatlah…

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here