PM usulkan Yang Dipertua Dewan Rakyat ditukar

0
156


CYBERJAYA- Tan Sri Muhyiddin Yassin mengusulkan supaya Yang di-Pertua Dewan Rakyat, Tan Sri Mohamad Ariff Md Yusoff mengosongkan jawatannya.

Perdana Menteri berkata, ketetapan itu perlu dibuat atas alasan terdapat pencalonan lain bagi jawatan terbabit.

Menurut laporan Berita Harian ia adalah pertama kali usul sedemikian dikemukakan dalam penggal persidangan Dewan Rakyat.

Timbalan Yang Dipertua, Datuk Mohd Rashid Hasnon, menyatakan usul itu akan dibahaskan dan memberi peluang kepada Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim, untuk berbahas selama 10 minit.

Bagaimanapun, Dewan menjadi kecoh apabila beberapa wakil pembangkang mempersoalkan kewajaran Mohamad Ariff diganti.-MT

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here