Polis akan panggil penganjur perhimpunan sokong Najib

0
61
Polis Diraja Malaysia (PDRM).

CYBERJAYA – Penganjur perhimpunan menyokong bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak di luar pekarangan Kompleks Mahkamah Kuala Lumpur semalam akan dipanggil polis berikutan dakwaan ingkar arahan prosedur operasi standard (SOP) Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP).

Timbalan Ketua Polis Negara, Datuk Mazlan Mansor berkata, pihak penganjur akan dipanggil untuk membantu siasatan kes mengikut Akta Perhimpunan Awam 2012 dan Akta Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 1988.

Mazlan berkata, walaupun kebenaran untuk menganjurkan perhimpunan itu diberikan kepada penganjur tetapi syarat telah ditetapkan untuk mematuhi SOP penjarakan sosial.

“Kami memang membenarkan penganjur membawa rombongan tetapi dengan bersyarat iaitu mematuhi penjarakan sosial.

“Apabila diteliti kejadian semalam, ia jelas bercanggah dengan syarat SOP,” katanya pada sidang media selepas merasmikan IPD Sentul yang baharu, di Kuala Lumpur hari ini.

Beliau menambah, hasil siasatan akan diserahkan kepada Jabatan Peguam Negara untuk tindakan selanjutnya.

Dalam perhimpunan perbicaraan kes mengenai SRC semalam, kira-kira 2,000 penyokong bekas perdana menteri itu berarak dan bersesak sehingga mencetuskan kebimbangan jangkitan Covid-19.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here