Seorang daripada 771 individu pulang ke tanah air positif Covid-19

0
46

CYBERJAYA Julai – Hanya seorang daripada 771 individu yang pulang ke Malaysia melalui Lapangan Terbang Antarabangsa KLIA semalam disahkan positif Covid-19.

Menteri Kanan (Kluster Keselamatan) Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, individu yang pulang dari Singapura, Indonesia, Emiriah Arab Bersatu, Taiwan, Thailand, Qatar, Australia dan Korea Selatan itu diperintah menjalani kuarantin wajib di kediaman masing-masing.

“Bagi tempoh 10 Jun sehingga semalam (4 Julai) juga, Kementerian Kesihatan (KKM) telah membuat saringan ke atas 11,049 individu di pintu masuk KLIA.

“Daripada jumlah itu, 11,001 individu didapati negatif Covid-19 dan sedang menjalankan proses kuarantin wajib di kediaman masing-masing manakala 48 individu yang positif dihantar ke hospital untuk rawatan,” katanya dalam kenyataan mengenai perkembangan Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP) hari ini.

Ismail Sabri Yaakob

Sementara itu katanya, Polis Diraja Malaysia (PDRM) membuat 803 pemantauan pematuhan prosedur operasi standard ( kuarantin di kediaman) dan mendapati kesemua mereka mematuhi SOP yang ditetapkan.

Mengenai operasi pematuhan PKPP Ismail Sabri berkata, PDRM menahan 165 individu atas kesalahan ingkar arahan PKPP semalam.

“Daripada jumlah ini, 14 individu direman manakala 151 lagi telah dikompaun. Antara kesalahan ingkar arahan PKPP termasuk aktiviti pub atau kelab malam (96 kes), aktiviti dengan melibatkan kehadiran orang ramai yang menyukarkan jarakan sosial (2 kes) dan aktiviti yang melanggar SOP (67 kes),” katanya.

Katanya, seorang warganegara asing pula telah ditahan kerana kesalahan imigresen, hasil 70 sekatan jalan raya dan pemeriksaan ke atas 47,782 kenderaan bagi mengekang jenayah rentas sempadan, terutama di lorong-lorong tikus di seluruh negara.

Selain itu beliau memaklumkan sebanyak 19 tapak binaan diarah tutup semalam kerana tidak mematuhi SOP  dan 495 tapak binaan lagi diberikan amaran.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here