Sesi persekolahan bermula sepenuhnya 15 Julai

0
32

CYBERJAYA – Sesi persekolahan bagi murid Tahun 5, Tahun 6, Tingkatan 6 Semester 1, kelas peralihan serta tingkatan 1 hingga 4 akan dibuka semula bermula 15 Julai ini.

Menteri Kanan (Pendidikan), Dr. Mohd. Radzi Md. Jidin berkata, bagi murid Tahun 1 hingga 4 pula, sesi persekolahan akan bermula pada 22 Julai ini.

Beliau berkata, tarikh pembukaan penuh sekolah itu membabitkan semua sekolah yang berdaftar dengan Kementerian Pendidikan (KPM).

“Tarikh pembukaan semula sekolah ini terpakai kepada semua sekolah kerajaan, sekolah bantuan kerajaan, sekolah swasta dan mana-mana institusi pendidikan yang berdaftar dengan KPM.

“Bagi sekolah yang tidak berdaftar dengan KPM pula, mereka juga disaran untuk turut mengikut tarikh pembukaan penuh sekolah yang ditetapkan,” katanya dalam sidang media khas di Putrajaya hari ini.

KPM sebelum ini mengumumkan sesi persekolahan untuk pelajar Tingkatan 5 dan 6 yang mengambil peperiksaan awam bermula 24 Jun lalu.-MT

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here