Aktiviti 12 masjid di Perlis dihentikan serta merta – Raja Muda Perlis

0
116

CYBERJAYA – Aktiviti di 12 buah masjid dalam mukim Sanglang di negeri Perlis dihentikan serta-merta bagi membendung penularan pandemik Covid-19.

Raja Muda Perlis, Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail bertitah, penutupan ini berkuat kuasa serta merta sehingga satu tarikh yang akan diberitahu kelak.

“Berikutan itu, solat Jumaat hari ini digantikan dengan solat Zuhur di rumah masing-masing,” titah baginda yang juga Yang Dipertua Majlis Agama Dan Istiadat Melayu Perlis (MAIPs) dalam satu kenyataan, hari ini.

Baginda turut bertitah, individu yang berada dalam kawasan terlibat juga dilarang keluar dari kariah masing-masing untuk melakukan solat atau mengimarahkan masjid di kariah lain.

Tujuh masjid yang ditutup di Sanglang ialah Masjid Al-Rahman, Kampung Simpang Sanglang; Masjid Al-Maghfirah, Sungai Korok; Masjid Darul Salam, Kampung Padang Keria; Masjid Al-Makmur, Kampung Bongor Kudung; Masjid Al-Furqan, Kampung Bunga Emas; Masjid Asy-Syakur, Kampung Permatang Bongor dan Masjid Dato’ Jaafar Hassan, Kampung Sungai Padan.

Turut ditutup ialah tiga masjid dalam DUN Simpang Empat iaitu Masjid Putra, Simpang Empat; Masjid Al-‘Ilmi, Sungai Berembang dan Masjid Ameer Fawwaz, Kampung Sungai.

Sementara itu, di Guar Sanji, dua buah masjid yang tersenarai ialah Masjid Nurul Yaqin, Kampung Chantik Bangun dan Masjid Nurul Muttaqin, Kampung Che Ok.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here