Apabila seorang ibu memaafkan pembunuh anaknya

0
122
Janna Ezat (tengah) ketika memberi kenyataan di Mahkamah New Zealand. – AGENSI

TAMAT sudah episod insiden berdarah yang mengorbankan 51 jemaah di dua buah masjid di Christchurch, New Zealand apabila pengganas yang melakukan jenayah itu sudah dijatuhkan hukuman, hari ini.

Mahkamah Tinggi New Zealand memutuskan Brenton Tarrant, 29, bersalah di atas kesalahannya dan dijatuhkan hukuman paling berat di negara tersebut iaitu hukuman penjara seumur hidup tanpa ada peluang untuk diparol.

Bahasa mudahnya, dia akan mereput di balik tirai besi.

Apa yang menarik perhatian Cakcibor sewaktu perbicaraan tersebut adalah, kehadiran mangsa dan para waris mangsa yang terbunuh di mahkamah, bukan setakat bagi memberi keterangan, tetapi berdepan dengan individu yang bertanggung jawab dalam melakukan jenayah tersebut.

Dari video perbicaraan yang tersebar di di media sosial, Cakcibor nampak ada yang marah, dan tidak kurang juga ada yang sedih, namun ada juga waris mangsa yang memberikan kemaafan kepada pelaku tersebut.

Mesej kemaafan yang diberikan oleh Janna Ezat, ibu kepada Hussein al-Umari, 35, yang turut terbunuh dalam insiden tersebut, hanya mempunyai kata-kata ini buat pembunuh anaknya:

“Saya telah membuat keputusan untuk memafkan awak, En. Tarrant, kerana saya tak berasa benci, dan saya pun tak mahu membalas dendam.

“Apa yang jadi telah terjadi, Hussein takkan berada di sini lagi.”

“Saya hanya ada satu pilihan, iaitu memaafkan awak.”

🙁

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here