ATM siap siaga bantu Beirut jika dipinta

0
37

SITUASI letupan besar di Beirut kelmarin memang mengejutkan semua pihak.

Manakan tidak, siri rakaman video amatur yang memaparkan kejadian tersebut benar-benar mengejutkan, umpama letupan sebuah bom atom.

Punca letupan tersebut disahkan akibat kebakaran di sebuah gudang yang menyimpan sebanyak 2,750 tan ammonium nitrat.

Menurut data yang diperoleh, letupan tersebut berkekuatan 3-kiloton iaitu satu perlima daripada kuasa letupan bom atom yang digugurkan di Hiroshima sewaktu Perang Dunia Kedua dahulu.

Setakat ini, sekurang-kurangya 137 orang disahkan terbunuh, dengan lebih 5,000 tercedera dan menyebabkan 300,000 lagi hilang tempat tinggal.

Semuanya dalam sekelip mata.

Cakcibor kagum dengan reaksi Angkatan Tentera Malaysia (ATM) yang dengan penuh pantas menyatakan kesediaan membantu dalam situasi tersebut.

Semalam, Panglima Angkatan Tentera, Jeneral Tan Sri Affendi Buang telah menyatakan kesediaan anggota kita menghulurkan bantuan kemanusiaan dan bencana (HADR) sekiranya diperlukan.

Kehadiran ATM di negara tersebut adalah kerana menyertai misi United Interim Force in Lebanon (UNIFIL), dan dikenali sebagai MALBATT 850-7.

Sejarah membuktikan ATM mempunyai rekod cemerlang ketika berkhidmat di bawah panji Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB) sejak mula menyertai misi di Congo pada tahun 1960.

Cakcibor yakin, anggota Malbatt akan melaksanakan yang terbaik jika tenaga mereka diperlukan.

Sama seperti operasi sebelumnya, seperti di Somalia (Jun 1993 – Februari 1995) dan Bosnia-Herzegovina (Disember 1993 – Julai 1998), anggota kita tidak pernah menolak ketika bantuan dipinta, walaupun terpaksa berdepan pelbagai jenis mara bahaya.

Bawa nama Malaysia sebaiknya. #GagahSetia!

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here