Bayern benam PSG 1-0

0
47

CYBERJAYA – Kelab Bayern Munich muncul juara kejohanan bola sepak Piala Liga Juara-juara Eropah setelah berjaya mengalahkan Paris Saint-Germain (PSG) 1-0 pagi tadi.

Gol kemenangan kelab dari Jerman itu dijaringkan oleh Kingsley Coman pada minit ke- 59 menerusi satu tandukan.

Perlawanan yang berlangsung di Estadio da Luz di Portugis itu berlangsung sengit apabila barisan serangan PSG yang diketuai pemain Brazil, Neymar, melancarkan serangan demi serangan namun berjaya dipatahkan oleh penjaga gol Bayern, Michael Neuer.

Kemenangan ini merupakan kali keenam Bayern berjaya merangkul piala yang rebutan kelab-kelab ternama Eropah itu.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here