Covid-19: 10 kes baharu dilaporkan, hanya 2 akibat penularan tempatan

0
31

CYBERJAYA – Sebanyak 10 kes baharu Covid-19 dilaporkan di dalam negara setakat tengah hari tadi.

Kata Kementerian Kesihatan (KKM) dalam satu kenyataan tadi, daripada jumlah itu, hanya dua kes melibatkan penularan tempatan manakala lapan lagi merupakan kes import.

Angka ini menjadikan jumlah keseluruhan kes Covid-19 yang dilaporkan di dalam negara kepada 9,306 kes.

Sementara itu, sebanyak 36 diklasifikasi sebagai telah sembuh dan didiscaj daripada hospital, menjadikan angka keseluruhan kes yang telah sembuh kepada 9,030 kes.

Setakat ini, terdapat 151 diklasifikan sebagai masih aktif dan kesemuanya diasingkan di hospital bagi menerima rawatan.

Daripada jumlah itu, lapan kes sedang menerima rawatan di unit rawatan rapi (ICU) dengan enam datipadanya diberi bantuan pernafasan.

Angka kematian setakat ini kekal 125 kes.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here