Covid-19: 15 kes baharu dilaporkan, 10 akibat jangkitan tempatan

0
53

CYBERJAYA – Kes positif baharu Covid-19 dalam negara kembali mencecah dua angka apabila sebanyak 15 kes baharu dilaporkan setakat tengah hari tadi.

Daripada jumlah itu, lima merupakan kes import dengan 10 lagi akibat penularan tempatan.

Menurut Kementerian Kesihatan (KKM) dalam satu kenyataan, ini menjadikan kes keseluruhan Covid-19 yang dilaporkan kepada 9,038 kes.

Dalam pada itu, sebanyak 11 kes telah diklasifikasikan sebagai telah sembuh dan didiscaj daripada hospital, hari ini.

Pertambahan kes hari ini menjadikan setakat ini terdapat 200 kes aktif sedang dirawat di hospital.

Dan dsripada jumlah itu, dua kes dirujuk ke unit rawatan rapi (ICU) dengan satu daripadnya diberi bantuan pernafasan.

Angka kematian masih kekal 125.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here