Covid-19: 21 kes baharu dilaporkan, 6 akibat jangkitan tempatan

0
61

CYBERJAYA – Kes baharu Covid-19 yang dilaporkan dalam negara kembali mencecah dua angka apabila sebanyak 21 kes dilaporkan setakat tengah hari tadi

Menurut Kementerian Kesihatan (KKM), 15 kes merupakan kes import manakala enam lagi akibat jangkitan tempatan.

Bagi kes jangkitan tempatan, pecahan kes adalah tiga di Kedah, dua kes di Sabah dan satu di Johor.

Angka ini menjadikan jumlah keseluruhan kes yang dilaporkan di dalam negara kepada 9,023.

Sementara itu, sebanyak 18 kes lagi diklasifikasi sebagai telah sembuh dan telah didiscaj daripada hospital, menjadikan angka keseluruhan yang telah sembuh kepada 8,702.

Perkembangan terbaharu ini menjadikan angka kes yang masih aktif dan mempunyai keboleh jangkitan kepada 196.

Kesemua kes aktif ini sudah diasingkan bagi menerima rawatan di hospital. Dan daripada jumlah itu, dua kes sedang dirawat di unit rawatan rapi (ICU).

Angka kematian kekal 125.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here