Covid-19: Dua buah kampung di Perlis bakal dikenakan TEMCO

0
144
AZLAN MAN

CYBERJAYA – Kerajaan negeri Perlis menerima cadangan supaya dua buah kampung di mukim Sanglang dikenakan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) Secara Pentadbiran (TEMCO) berikutan peningkatan mendadak kes Covid-19 di kawasan tersebut.

Menurut Menteri Besar Perlis, Datuk Seri Azlan Man, dua buah kampung tersebut adalah Kampung Kuala Sanglang dan Kampung Tanah Timbul.

“Pagi ini (tadi) saya telah hadir di Mesyuarat Khas Majlis Keselamatan Negara negeri Perlis.

“Jabatan Kesihatan negeri Perlis telah mengesahkan bahawa 10 keluarga terdekat mangsa Covid-19 di Sanglang adalah positif. Ini menjadikan jumlah kumulatif kes positif di Perlis sebanyak 30 kes,” kata Azlan di akaun media sosial miliknya, tadi.

Tambah Azlan, berikutan pertambahan ini, Urusetia Majlis Keselamatan Negara (MKN) Pusat telah mencadangkan supaya dua buah kampung tersebut diletakkan di bawah TEMCO serta merta.

Setakat ini, belum ada pengumuman rasmi mengenai arahan TEMCO tersebut.

Sementara itu, belum ada pengesahan rasmi mengenai angka kes positif baharu Covid-19 kerana ia akan diumumkan pada pukul 5 petang nanti oleh Kementerian Kesihatan (KKM).

Difahamkan, 10 kes baharu di Perlis ini melibatkan anggota sebuah keluarga yang terdiri daripada ibu dan bapa, dan anak-anak mereka yang berumur di antara 3 hingga 40 tahun. – MT

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here