Covid-19: Empat mukim di Kedah dikenakan TEMCO

0
727

CYBERJAYA – Kerajaan negeri Kedah mengumumkan pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan Peningkatan Sasaran (TEMCO) di empat buah mukim susulan peningkatan kes positif Covid-19 berkaitan kluster Sivagangga.

Menurut portal berita Awani, perkara tersebut diputuskan oleh Menteri Besar, Muhammad Sanusi Md. Nor, dengan mukim yang terlibat adalah Mukim Ah, Mukim Hosba, serta Mukim Binjal di daerah Kubang Pasu dan Kampung Ulu, Padang Sanai di daerah Padang Terap.

Sementara itu, Majlis Keselamatan Negara (MKN) Kedah telah turut mengarahkan penutupan lima buah sekolah di dua daerah dalam negeri itu ditutup selama 28 hari mulai ini.

Penutupan ini adalah bagi tempoh kuarantin (214 hari) dan tempoh pemerhatian (14 hari).

Sekolah yang terlibat di daerah Kubang Pasu adalah Sekolah Menegah Kebangsaan (SMK) Hosba, Sekolah Kebangsaan (SK) Hosba, SMK Megat Dewa serta SK Megat Dewa.

Selain itu, satu sekolah iaitu Sekolah Kebangsaan Kubang Palas di daerah Padang Terap turut diarahkan untuk ditutup.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here