Covid-19: Indonesia, Filipina catat kes positif, angka kematian tertinggi di Asia Tenggara

0
115

CYBERJAYA – Jumlah keseluruhan kes positif Covid-19 di Indonesia semakin meninggi apabila sebanyak 1,560 kes baharu diumumkan, hari ini.

Menurut portal The Guardian yang memetik laporan laporan tempatan, pertambahan ini menjadikan angka keseluruhan kes positif di negara tersebut kepada 109,936 kes.

Jumlah keseluruhan kematian dalam negara tersebut juga meningkat kepada 5,193 apabila sebanyak 62 laporan kematian akibat wabak itu dilaporkan.

Sementara itu, Reuters melaporkan kes positif baharu di Filipina mencatatkan rekod dalam sehari apabila sebanyak 4,963 kes dilaporkan hari ini.

Kementerian Kesihatan Filipina dalam satu kenyataan berkata, jumlah keseluruhan kes positif di dalam negara tersebut kini adalah sebanyak 98,232.

Jumlah keseluruhan kematian di Filipina adalah sebanyak 2,039 apabila 17 lagi laporan kematian diterima hari ini.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here