Covid-19: Jumlah kes positif Malaysia hampiri 9,000

0
46

CYBERJAYA – Jumlah keseluruhan kes positif Covid-19 yang dilaporkan di dalam negara semakin menghampiri 9,000 apabila sembilan lagi kes baharu dilaporkan setakat tengah hari tadi.

Kementerian Kesihatan (KKM) dalam satu kenyataan berkata, daripada sembilan kes yang diumumkan, tujuh merupakan kes import manakala hanya dua kes tempatan.

Angka ini menjadikan jumlah keseluruhan kes COvid-19 yang dilaporkan di Malaysia adalah sebanyak 8,985.

Dua kes tempatan yang dilaporkan melibatkan masing-masing satu kes bagi kluster Bukit Tiram di Selangor, dan kluster Sivagangga di Kedah.

Sementara itu, tiga lagi kes telah diklasifikasikan sebagai telah sembuh dan didiscaj daripada hospital, menjadikan angka keseluruhan kes yang telah sembuh kepada 8,647 kes.

Setakat ini, terdapat 213 kes yang diklasifikasikan sebagai masih aktif dan mempunyai kebolehjangkitan, dan kesemuanya sedang menerima rawatan di hospital.

Dan daripada jumlah itu, dua kes sedang dirawat di unit rawatan rapi dengan satu daripadanya diberi bantuan perbnafasan.

Angka kematian kekal 125 orang.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here