Covid-19: Kes baharu di Tokyo melebihi 400 dua hari berturut-turut

0
54

CYBERJAYA – Bandar raya Tokyo hari ini melaporkan terdapat 472 kes positif baharu Covid-19, hari kedua berturut-turut angka kes baharu melebihi 400.

Angka ini dilaporkan menerusi stesen televisyen NHK yang memetik kenyataan pegawai bandar raya tersebut.

Terdahulu, Gabernor Tokyo, Yurike Koike dilaporkan telah membuat kenyataan bahawa pihaknya akan mengeluarkan perintah darurat jika pertambahan kes semakin menaik, namun, sehingga kini tiada sebarang kenyataan susulan mengenai perkara tersebut dikeluarkan.

Pihak kerajaan pusat juga masih belum mengeluarkan sebarang kenyataan kenyataan mengenai kemungkinan mengumumkan arahan yang sama secara nasional walaupun beberapa bandar di negara tersebut semakin melaporkan pertambahan kes baharu.

Sementara itu, wilayah Okinawa dalam satu kenyataan pagi tadi, telah mengumumkan perintah darurat dan mengarahkan penduduknya supaya tinggal di rumah dan tidak keluar selama dua minggu susulan pertambahan kes baharu Covid-19 semakin mendadak.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here