Covid-19: Manila dikenakan perintah berkurung

0
36

CYBERJAYA – Lebih 27 juta penduduk di Manila dan kawasan sekitarnya dikenakan perintah berkurung mulai hari ini.

Menurut portal The Guardian, perintah ini berikutan peningkatan mendadak kes Covid-19 di Filipina sejak kebelakangan ini.

Setakat ini, dua buah hospital kerajaan telah berhenti beroperasi di bandar tersebut, kerana penularan pandemik tersebut dalam kalangan pekerja kesihatan, manakala hospital swasta sudah tidak lagi menerima pesakit baharu kerana kekurangan katil.

Ketika ini, Filipina mempunyai sebanyak 106,330 kes yang sudah disahkan.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here