Covid-19 menurun di AS selepas pemakaian pelitup muka

0
44

WASHINGTON – Amerika Syarikat menyaksikan penurunan kes jangkitan Covid-19 berterusan sejak pelaksanaan pemakaian pelitup muka yang diwajibkan di tempat awam kira-kira lima hari lalu.

Menurut penyelidikan Jabatan Pengurusan Dasar dan Kesihatan di Universiti Iowa, kadar pengesanan kes harian dilihat perlahan di bawah satu peratus selepas 21 hari kadar itu berada pada tahap dua peratus.

Kajian itu dibuat bagi menilai keputusan yang dibuat pada 8 April dan 15 Mei yang mana gabenor 15 negeri AS dan Datuk Bandar Washington yang menandatangani perintah mewajibkan penggunaan pelitup muka di tempat awam.

Penyelidik mengkaji perubahan dalam kadar kes Covid-19 di peringkat daerah antara 31 Mac dan 22 Mei.

“Kajian menganggarkan 230,000-450,000 kes mungkin dapat dicegah pada 22 Mei,” lapor Agensi berita Xinhua yang memetik CNN.

AS menjadi negara paling teruk dilanda wabak Covid-19 ekoran beberapa langkah pemerintahan yang dikritik sebagai lambat dan terkebelakang. – MT

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here