Covid-19 mula menyerang MotoGP

0
330

CYBERJAYA- Pandemik covid-19 mula ‘menyerang’ MotoGP selepas kes pertama dikesan di kawasan paddock di Grand Prix Republik Czech di Brno, Republik Czech.

Penganjur MotoGP mengumumkan kes positif itu membabitkan kakitangan Dorna Sports yang merupakan promoter bagi penganjuran perlumbaan berprestij itu.

“Selepas lebih 5,500 ujian dijalankan kepada semua individu di paddock sebelum kehadiran mereka ke GP Sepanyol, Andalusia dan Czech, seorang individu di paddock didapati positif Covid-19.

“Keputusan itu diperolehi ketika ujian dijalankan menjelang GP Austria 16 Ogos depan. Individu itu adalah anggota pasukan Dorna Sports dan tidak mempunyai sebarang simptom,” kata penganjur dalam satu kenyataan.

Menurut laporan AFP, individu yang positif Covid-19 itu kini menjalani proses kuarantin di sebuah hotel dan mereka yang mempunyai kontak rapat dengan individu berkenaan telah dijalankan pemeriksaan sekali lagi.

“Sebagai langkah berjaga-jaga, keputusan diambil untuk menguji sekali lagi mereka yang mempunyai kontak rapat dengan individu berkenaan dan hasilnya semua keputusan adalah negatif,” katanya. 

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here