Covid-19: Satu kematian setiap 15 saat

0
169
Gambar memaparkan lubang kubur yang disediakan bagi mangsa Covid-19 yang maut di El Salvador. -AGENSI

CYBERJAYA – Angka kematian global akibat pandemik Covid-19 kini sudah melebihi 700,000.

Menurut Reuters, berdasarkan data sepanjang dua minggu ini, secara puratanya terdapat 5,900 kematian bagi setiap 24 jam, bersamaan dengan satu kes kematian pada setiap 15 saat.

Data daripada Universiti Johns Hopkins yang memantau situasi pandemik ini merekodkan sebanyak 700,683 kematian setakat berita ini ditulis.

Dan daripada jumlah itu, lebih daripada 150,000 kematian direkodkan di Amerika Syarikat (AS), diikuti Brazil dengan lebih daripada 90,000 dan Mexico ditangga ketiga dengan 45,000 kematian.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here