Dunia bergabung banteras Covid-19

0
55
‘Sputnik V’, vaksin Covid-19 yang dihasilkan oleh Rusia.

NEGARA Rusia baru-baru ini telah mengumumkan kejayaan mereka mencipta vaksin Covid-19 bagi kegunaan umum.

Vaksin Gam-COVID-Vac dan diberi nama jolokan ‘Sputnik V’ itu dihasilkan oleh Institut Kajian Epdemiologi dan Mikrobiologi Gamaleya dan telah disahkan penggunaannya pada manusia di negara tersebut.

Sama ada ia berkesan atau tidak, kita perlu tunggu dan lihat.

Melalui pembacaan Cakcibor, terdapat 170 calon vaksin sedang menjalani ujian di seluruh dunia.

Dan daripada jumlah itu, tujuh vaksin daripada lima pengeluar iaitu AstraZeneca, Sinovac, Sinopharm, NIAID dan Pfizer, sedang dalam peringkat ketiga, iaitu peringkat terakhir ujian klinikal.

Isu yang timbul daripada vaksin ini, adalah kemampuan negara dunia ketiga untuk mendapatkan bekalan vaksin bagi kegunaan rakyatnya.

Pertubuhan Kesihatan Antarabangsa (WHO) telah mengutarakan kegusaran ini, dan sebagai salah satu langkah persediaan, telah mewujudkan Kemudahan COVAX, satu mekanisme yang dirangka bagi menjamin kesaksamaan dalam memperoleh vaksin yang berkesan dengan cepat dan pantas.

Inisiatif ini menggabungkan perkongsian sumber dan intelektualisme, dan mengenepikan batas sempadan yang selama ini memisahkan kita.

Sudah sampai masanya usaha melawan Covid-19 digabungkan, kerana ancamannya bukan pada negara tertentu tetapi pada manusia keseluruhannya.

Sendiri mau ingatlah…

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here