GP Austria: Hafizh Syahrin kemalangan, keadaannya tidak membimbangkan

0
156
Hafizh Syahrin (bulatan merah) tercampak daripada motosikal yang ditungganginya setelah terlanggar sebuah motosikal lain yang terjatuh pada Selekoh Satu perlumbaan Moto2 GP Austria, sebentar tadi.

CYBERJAYA – Pelumba Moto2 GP negara, Hafizh Syahrin terlibat dalam satu kemalangan ketika menyertai GP Austrian, sebentar tadi.

Hafizh yang mewakili pasukan Aspar Racing, terlanggar motosikal tunggangan Enea Bastianini dari pasukan Kalex yang terjatuh sejurus selekoh satu awal perlumbaan.

Menurut Pengarah Perlumbaan Aspar Racing, Gino Borsoi, keadaan Hafizh tidak membimbangkan.

“Hafizh dalam keadaan baik, dan tubuh badannya dipenuhi calar-balar terutamanya di bahagian pinggul.

“Namun, dia dalam keadaan sedar,” kata Borsoi dalam satu ciapan di MotoGP on BT Sport sebentar tadi.

Menurut ciapan akaun rasmi perlumbaan, MotoGP, Hafizh mengalami kontusi pada bahagian pinggul dan akan menerima rawatan lanjut di hospital.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here