Jangan balas dendam, banteras yang sepatutnya

0
1480

APA Khabar Orang Kita… Sejak akhir-akhir ini panas nampaknya apabila pihak berkuasa tempatan (PBT) melakukan operasi bersepadu khususnya di Sungai Buloh.

Bila di ‘cucuk’ makin giat dan makin ‘ganas’ operasinya, semua yang melanggar undang-undang disapu bersih sehingga mesin jahit pun diangkat dan garaj kereta pun dirobohkan.

Betul la…semua kena undang-undang tetapi janganlah sampai dilihat ia seolah-olah seperti melepaskan geram dan membalas dendam terhadap apa yang terjadi.

Banteraslah apa yang benar-benar haram, jika peniaga kecil-kecil yang tidak berlesen adalah lebih baik rasanya pihak PBT lesenkan perniagaan mereka.

Sekarang mereka mungkin baru boleh ‘bernafas’ untuk mencari rezeki kerana sebelum ini mungkin ‘termenung’ dirumah mengenang nasib diri dan keluarga untuk masa depan.

Kata rakan penulis, sekarang mahu beli goreng pisang dan air kelapa pun susah di Sungai Buloh.kerana kebanyakannya sudah ‘bungkus ikat tepi’ khemah masing-masing.

Bukan mahu menegakkan benang yang basah, salah tetap salah..kepada para peniaga adalah lebih manis dan elok jika anda semua dapatkan lesen, ianya lebih selamat.

Penulis juga berkenan dengan cara dan kaedah Menteri Wilayah Persekutuan, Tan Sri Annuar Musa yang ambil pendekatan mesra peniaga dengan memberi lesen secara mudah.

Tindakan begini wajar dipuji, penulis amat yakin tindakan itu bukan atas faktor politik tetapi, atas dasar keperimanusiaan dan mahu membantu golongan peniaga.

Kepada semua PBT, ambillah tindakan yang sewajarnya…jalankan tugas anda dengan penuh integriti, demi menjaga nama baik setiap organisasi yang diwakili.-MT

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here