JKN Perak kesan kontak rapat jururawat positif Covid-19

0
179
Dr. Ding Lay Ming (kiri) dan satu petikan hantaran Facebook yang tular semalam.

IPOH – Jabatan Kesihatan Negeri (JKN) Perak sedang mengesan dan melakukan ujian saringan kontak rapat kepada pesakit yang dirawat oleh seorang jururawat di sebuah klinik kesihatan di sini disahkan positif Covid-19.

Pengumuman itu dibuat oleh Pengarah Kesihatan Negeri, Datuk Dr. Ding Lay Ming berkata, kakitangan klinik itu dikesan positif melalui ujian saringan RT-PCR selepas menunjukkan tanda-tanda bergejala.

“Kes ini telah dilaporkan semalam dan siasatan mendapati anggota kesihatan ini tidak mempunyai sejarah mengunjungi kawasan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) di Kedah dan tiada kontak rapat dengan mana-mana kes positif Covid-19 sebelum ini.

“Saringan awal ke atas lima orang kontak keluarga yang tinggal serumah dengan anggota ini didapati negatif untuk Covid-19,” katanya dalam satu kenyataan di sini malam tadi.

Terdahulu, tular di Facebook apabila seorang lelaki berang terhadap tindakan seorang jururawat yang masih hadir bertugas walaupun berada dalam keadaan kurang sihat.

Sehubungan itu Dr. Ding berkata, JKN Perak sedang melakukan
siasatan kepada punca jangkitan dan mengesan semua pesakit yang pernah dirawat oleh anggota kesihatan berkenaan.

Beliau berkata, anggota kesihatan berkenaan sebelum ini mempunyai gejala Influenza Like Illness (ILI) dan bukan diletakkan sebagai pesakit dalam siasatan (PUI) untuk jangkitan Covid-19.

“Pada ketika ini anggota terbabit telah dimasukkan ke hospital untuk menerima rawatan lanjut.

“Sepanjang menjalankan tugas, anggota ini sentiasa memakai pelitup muka dan kerap mencuci tangan dengan sabun dan air atau menggunakan pensanitasi tangan,” katanya.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here