Kad merah jika batuk pada wajah pemain lawan atau pengadil perlawanan

0
57
GAMBAR HIASAN

CYBERJAYA – Pemain bola sepak yang didapati batuk dengan sengaja pada pihak lawan ataupun pengadil perlawanan akan menerima kad kuning atau merah.

Menurut portal The Guardian, arahan tersebut terkandung dalam satu dokumen yang dikeluarkan Persatuan Bola Sepak England (FA England) kepada semua pengadil perlawanan dan berkuat kuasa pada semua peringkat perlawanan.

Keputusan ini diambil bagi mengekang penularan pandemik Covid-19 dalam kalangan pemain bola sepak.

Tindakan mendisiplinkan pemain perlu diambil “jikalau pengadil yakin seseorang pemain itu dengan sengaja, dan pada jarak yang amat dekat, batuk pada wajah pemain lawan ataupun pengadil perlawanan”.

Tindakan ini dianggap sebagai satu kesalahan dibawah kategori “menggunakan bahasa atau/dan perlakuan yang menyinggung perasaan, menghina atau kasar”.

“Dan jika perlakuan itu tidak terlalu serius hingga perlu dibuang padang, amaran boleh dikeluarkan untuk ‘tingkah laku yang tidak memaparkan semangat kesukanan,” kata dokumen itu lagi.

Dokumen tersebut turut menggariskan bahawa pengadil tidak boleh menghukum pemain yang batuk ‘akibat aktiviti biasa’, dan perlu mengingatkan semua pemain supaya tidak meludah di padang walaupun ia bukannya satu tindakan salah laku.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here