Kembalikan semula Ops BAH

0
165
Pengerusi Pembela, Aminuddin Yahya (kiri) bersama Naibnya Masridzi Sat pada sidang media di Pejabat Muafakat, Taman Melawati hari ini. – Malakat Tribune.

KUALA LUMPUR – Pertubuhan-Pertubuhan Pembela Islam (Pembela) menggesa kerajaan mengembalikan semula Operasi Banteras Aktiviti Haram (Ops BAH) yang pernah dilaksanakan kerajaan terdahulu.

Pengerusi Pembela, Aminuddin Yahya berkata, operasi yang dianjurkan oleh Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) itu perlu diteruskan untuk mencegah aktiviti maksiat dan yang membawa banyak kerosakan dalam masyarakat.

Beliau berkata, pelaksanaan Ops BAH yang melibatkan pelbagai unit pigak berkuasa dan pertubuhan bukan kerajaan (NGO) itu terbukti berkesan khususnya dalam pencegahan aktiviti maksiat seperti pelacuran, dadah dan minuman keras yang berleluasa.

Tambah Aminuddin, pemberhentian Ops BAH menyebabkan tauke-tauke
pusat hiburan semakin berani menjalankan kegiatan walaupun kerajaan masih belum memberikan kebenaran meneruskan operasi sepanjang
Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP).

“Pemantauan ini perlu diteruskan dalam tempoh PKPP yang merupakan masa terbaik untuk kerajaan bertindak.

“Kita lihat Covid-19 ini dari satu segi adalah satu rahmah yang ‘menyucikan’ masyarakat daripada maksiat,” katanya kepada pemberita pada sidang media Pembela mengenai Isu Operasi Pusat Maksiat dan Pemberian Lesen Arak di sini hari ini.

Sehubungan itu, Pembela menggesa pihak berkuasa membuat pemantauan khas ke atas pusat hiburan di seluruh negara, khususnya premis menjual arak dan mempunyai ‘track record’ buruk membabitkan aktiviti maksiat, pelacuran dan dadah. 

Aminuddin berkata, kerajaan tidak perlu tunduk kepada tuntutan NGO bukan Islam yang masih memperjuangkan hak-hak untuk menghalalkan aktiviti maksiat khususnya arak dan judi. -MT

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here