Kes Covid-19 di India cecah 2.2 juta

0
42

NEW DELHI – Jumlah kes Covid-19 di India melonjak kepada 2,215,074 manakala angka korban juga meningkat menjadi 44,386, lapor agensi berita Xinhua berdasarkan data kementerian kesihatan persekutuan pada Isnin.

Bernama melaporkan sebanyak 62,064 lagi kes baharu dicatatkan dan 1,007 kematian dilaporkan untuk 24 jam lalu.

Isnin, hari ke-11 berturut-turut lonjakan kes baharu dilaporkan lebih daripada 50,000 dan hari keempat berturut-turut apabila lebih 60,000 kes direkodkan dalam sehari.

Menurut kementerian itu, pada masa ini 634,945 kes masih aktif, sementara 1,535,743 pesakit sembuh.

Kenaikan baru-baru ini dalam kes Covid-19 terutamanya disebabkan peningkatan ujian sampel di seluruh negara.

Sementara itu, Majlis Penyelidikan Perubatan India (ICMR) pada Isnin mengatakan sebanyak 24,583,558 sampel Covid-19 diuji sehingga kini, sebanyak 477.023 sampel diuji pada Ahad.

Menurut ICMR, jumlah makmal sekarang ialah 1,406 iaitu 941 di sektor kerajaan dan 465 swasta.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here