Kes global Covid-19 menghampiri 20 juta

0
27

CYBERJAYA – Jumlah keseluruhan kes Covid-19 yang dilaporkan di seluruh dunia kini semakin menghampiri 20 juta.

Menurut portal the Guardian, angka yang dikeluarkan oleh Universiti Johns Hopkins yang memantau situasi, setakat ini terdapat 19,792,519 yang sudah dilaporkan.

Angka keseluruhan kematian pula kini semakin hampir mencecah 730,000.

Secara puratanya, terdapat hampir 250,000 kes baharu dilaporkan di seluruh dunia setiap hari.

Sementara itu, Indonesia melapoirkan pertambahan sebanyak 1,687 kes positif baharu hari ini.

Angka ini menjadikan jumlah keseluruhan kes dilaporkan di negara tersebut kepada 127,083.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here