Kluster Sivagangga dah sampai Selangor?

0
603

Surau al-Jannah. Kredit gambar media sosial

CYBERJAYA – Sebuah surau di Shah Alam terpaksa ditutup oleh Jabatan Agama Islam Selangor (Jais) berikutan terdapat seorang ahli jemaahnya mempunyai kontak rapat dengan individu yang disahkan positif Covid-19 melibatkan kluster Sivagangga.

Menurut satu kenyataan oleh Pengarah Jais yang tular dalam media sosial hari ini, bagi mengekang penularan wabak itu, pihaknya telah mengarahkan pihak Jawatankuasa Surau al-Jannah untuk mengambil tindakan menutup operasi secara serta merta.

“Penutupan ini termasuk solat Jumaat, solat fardu lima waktu secara berjemaah dan aktiviti pengimarahan yang lain.

“Hanya tiga orang petugas jawatankuasa sahaja dibenarkan untuk memimpin solat fardu di surau berkenaan,” katanya.

Setakat semalam sahaja, sebanyak 30 orang disahkan positif Covid-19 melibatkan kluster Sivagangga dan terbaharu 10 individu disahkan positif virus itu di Perlis.

Mesej yang tular dalam media sosial mengenai penyebaran virus itu di Shah Alam

Dalam pada itu, menurut kenyataan itu, operasi sekolah KAFA Integrasi al-Jannah juga diminta ditutup serta merta.

Pada masa sama, katanya, jawatankuasa surau hendaklah memastikan individu berkenaan menjalani ujian saringan Covid-19 dan menjalankan proses sanitasi di seluruh kawasan surau serta sekolah.

“Jawatankuasa surau diarahkan untuk sentiasa memantau rapat perkara ini dan mengingatkan para jemaah dan ahli kariah untuk meningkatkan langkah-langkah pencegahan yang dianjurkan.

“Surau berkenaan hanya boleh dibenarkan beroperasi semula setelah dibenarkan oleh jabatan ini,” ujarnya.-MT

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here