Lagi kes positif libatkan kluster Sivangangga

0
304
Dr. Noor Hisham Abdullah

CYBERJAYA – Kes penularan Covid-19 melibatkan kluster Sivagangga terus bertambah hari ini apabila seorang lagi disahkan positif wabak penyakit itu.

Menurut Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr. Noor Hisham Abdullah, kes itu merupakan salah satu daripada dua kes penularan dalam negara.

“Daripada dua kes penularan di dalam negara, satu kes adalah di kalangan warganegara Malaysia dan satu kes adalah di kalangan bukan warganegara Malaysia.

“Kes penularan Covid-19 dalam negara di kalangan warganegara Malaysia adalah di Kedah iaitu daripada kluster Sivagangga,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Hari ini sebanyak sembilan kes baharu Covid-19 dilaporkan hari ini.

Dalam pada itu, beliau berkata, bagi kes jangkitan dalam negara di kalangan bukan warganegara pula adalah di Selangor iaitu daripada kluster Bukit Tiram.

Katanya, kes tersebut yang pertama dilaporkan melibatkan luar Johor.

“Sehingga tengah hari ini, sebanyak 135 orang telah disaring. Daripada jumlah ini 10 kes dikesan positif ;124 negatif dan satu masih menunggu keputusan.

“Daripada 10 kes positif, empat orang adalah bukan warganegara Malaysia. Kes positif yang dilaporkan pada hari ini merupakan kontak rapat kepada kes positif ke-8,893 dari Johor.

“Melalui siasatan dan aktiviti pengesanan kontak rapat secara aktif yang dijalankan oleh Pejabat Kesihatan Daerah, kes positif ke-8,893 didapati menginap di rumah kes ke-8,977 pada 16 Julai sehingga 19 Julai lalu di Selangor,” ujarnya.-MT

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here