Koeman jurulatih baharu Barcelona

0
32
RONALD KOEMAN

CYBERJAYA – Kelab bola sepak Barcelona hari ini mengesahkan pelantikan Ronald Koeman sebagai ketua jurulatih baharu kelab tersebut setelah memecat Quique Setien, Isnin lalu.

Menurut laporan BBC, Koeman, 57, menandatangani perjanjian selama dua tahun bersama kelab tersebut.

Koeman pernah mewakili Barcelona di antara tahun 1989 dan 1995, dan pernah memenangi empat kejuaraan liga dan kejuaraan Eropah.

Sebelum ini, bekas pemain antarabangsa Belanda itu menjawat jawatan ketua jurulatih Belanda dengan kontraknya masih berbaki dua tahun.

Barcelona turut mengumumkan pelantikan Ramon Planes sebagai pengarah teknikal yang baharu. Planes merupakan pembantu kepada Eric Abidal, yang meletak jawatan sebagai Pengarah Kesukanan kelab tersebut pada Selasa.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here