MBSA tidak lindungi kakitangan tidak berintegriti

0
154

CYBERJAYA- Kakitangan Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA) yang tidak berintegriti terutamanya membabitkan rasuah tidak akan dilindungi.

Datuk Bandar Shah Alam, Datuk Haris Kasim berkata, mereka yang melakukan kesalahan jenayah akan berdepan hukuman tatatertib termasuk dibuang kerja. 

“MBSA akan memberi kerjasama kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) dalam usaha menangani isu ini. 

“Semalam MBSA juga sudah mengadakan mesyuarat dengan SPRM berhubung perkara ini. 

“Saya tidak akan melindungi pegawai dan kakitangan yang tidak berintegriti,” katanya seperti dilaporkan Harian Metro bagi mengulas penahanan tiga pegawai penguat kuasa MBSA kerana dipercayai menerima rasuah. 

Haris berkata, bagi kes penahanan tiga pegawai penguat kuasa itu, pihaknya menyerahkan sepenuhnya kepada SPRM untuk tindakan lanjut. 

“Ia dah jadi kes SPRM. Biar SPRM siasat dan kalau betul, ada kes mereka akan didakwa,” katanya. 

Beliau berkata, pihaknya akan bertindak lebih tegas terhadap mana-mana kakitangan yang terbabit dengan kesalahan seumpama itu. 

“Ini soal integriti, dari semasa ke semasa saya kerap memberikan peringatan dan amaran dalam pelbagai platform,” katanya. 

Hari ini, SPRM menahan tiga pegawai penguat kuasa MBSA kerana dipercayai mengutip dan menerima rasuah secara bulanan bagi melindungi premis perniagaan yang menjalankan aktiviti perniagaan tanpa lesen di sekitar Sungai Buloh.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here