Orang ramai dinasihatkan tidak solat di lorong kecemasan atas faktor keselamatan

0
65

CYBERJAYA- Pengguna Lebuhraya Kuala Lumpur-Karak (KLK) dinasihatkan agar tidak menunaikan solat di lorong kecemasan lebuh raya berkenaan atas faktor keselamatan.

Anih Berhad dalam kenyataannya berkata, tindakan itu dikhuatiri boleh menyebabkan penunggang motosikal atau kenderaan lain tidak menyedari kehadiran individu di lorong kecemasan.

“Kami amat menghargai kesabaran pengguna Lebuhraya KLK dan juga ketaatan umat Islam menunaikan ibadah solat ketika dalam perjalanan ke Pantai Timur pada setiap kali musim perayaan dan cuti umum.

“Namu , kami sebagai pengendali lebuhraya juga ingin memohon kesabaran dan penelitian wajar daripada pengguna jalan raya agar tidak menunaikan solat di atas jalan raya iaitu di lorong kecemasan atas faktor keselamatan,” menurut kenyataan itu.

Sebelum ini, tular di media sosial foto yang menunjukkan dua wanita menunaikan solat Subuh di lorong kecemasan di Lebuhraya KLK akibat kesesakan lalu lintas untuk pulang ke kampung bagi sambutan Aidiladha.

Sementara itu, Anih Berhad berharap pengguna lebuh raya dapat merancang perjalanan dan persinggahan untuk solat atau berhenti rehat di hentian rehat dan rawat sepanjang LPT1 dan KLK ketika pulang ke Lembah Klang.

Dalam pada itu, Pengguna Facebook Asmawi Ahmad memberitahu, lokasi lokasi dua wanita berkenaan solat Subun ialah berhampiran Plaza Tol Gombak menuju ke Genting Sempah iaitu selepas parkir lori dekat deretan gerai lemang.

Katanya, terdapat ahli keluarga yang memantau keadaan sekitar ketika trafik sesak teruk dan pergerakan kenderaan perlahan sekali gus membolehkan dua wanita berkenaan menunaikan solat.-MT

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here