Pelitup muka jadi karya seni

0
105

JEPUN – Jurugambar tempatan, Tatsuya Tanaka membuktikan objek seharian dan peralatan di rumah mempunyai keindahan dan nilai seni tersendiri jika diolah dengan kreatif.

Tanaka menjadikan topeng pelitup muka yang kini menjadi pakaian wajib masyarakat global dalam menghindari wabak Covid-19 sebagai karya seni fotografinya.

Karya minitur yang dihasilkan menggunakan lensa makro dan kemahiran pencahayaan studio itu merupakan sebahagian daripada projek fotografi terbaharunya bertajuk ‘Mask Resort’.

Selain topeng pelitup muka, Tanaka juga memanfaatkan peralatan harian di rumah seperti tisu tandas, pelapik pinggan, termometer, pengecas telefon dan konsol permainan video sebagai ‘watak’ dalam karya seninya.

Siri fotografi yang dihasilkan itu kini menjadi sebahagian daripada konsep Kalendar Minitur milik beliau yang turut diterbitkan dalam cetakan buku.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here