Pertandingan Mewarna Semarakkan Kemerdekaan Malakat Mall meriah

0
98
Kanak-kanak menyertai pertandingan mewarna di Malakat Mall, hari ini.

RAUDHAH CITY – Sebanyak 25 kanak-kanak memeriahkan Pertandingan Mewarna Semarakkan Kemerdekaan yang berlangsung di Malakat Mall di sini hari ini.

Program yang diadakan di ruang legar pusat beli belah itu dibuka secara percuma kepada kanak-kanak berusia 5 hingga 8 tahun.

Pertandingan anjuran kedai alat tulis Conteng itu merupakan sebahagian daripada Program Semarakkan Perjuangan 1957
sempena sambutan Hari Kemerdekaan yang berlangsung selama dua hari bermula hari ini.

Majlis penyampaian hadiah kepada pemenang disempurnakan oleh Dr. Taha Mohd Omar atau lebih mesra dikenali sebagai PU Taha.

Pertandingan Mewarna Semarakkan Kemerdekaan esok akan dibuka kepada kanak-kanak berusia 9 hingga 12 tahun.

Programphari ini turut dimeriahkan dengan forum Memerdekakan Ekonomi Bersama KoPPIM oleh Ketua PPIM, Datuk Nadzim Johan.

PU Taha menyempurnakan majlis penyampaian hadiah kepada pemenang.
Pengunjung Malakat Mall dihiburkan oleh aksi badut.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here