Pirlo dilantik bimbing Juventus

0
36

CYBERJAYA- Bekas lagenda Itali dan Juventus, Andrea Pirlo diumumkan sebagai jurulatih baharu kelab itu selepas beberapa jam Maurizio Sarri dipecat.

Sarri, 61, yang semusim bersama Juventus, meninggalkan kelab Turin itu sehari selepas tersingkir di pusingan kedua Liga-Juara kepada Lyon.

Pirlo yang berumur 41 tahun yang tidak mempunyai pengalaman luas selaku jurulatih di peringkat tertinggi, menandatangani kontrak selama dua tahun sehingga 2022.

Menurut laporan AFP, Pirlo sebelum ini dilantik selaku jurulatih skuad bawah 23 tahun Juventus yang beraksi di divisyen ketiga.

“Pirlo adalah seorang legenda ketika kariernya sebagai pemain. Dia memenangi kesemua kejohanan termasuklah Liga Juara-Juara dan Piala Dunia 2006.

“Sepanjang tempoh empat tahun bersama Juventus, Pirlo memenangi kejuaraan liga, Coppa Italia dan dua Piala Super Itali.

“Hari ini akan menjadi babak baharu kepada perjalanan kariernya dalam dunia bola sepak.

“Bermula hari ini, dia akan menjadi jurulatih Juventus selepas kelab bersetuju melantiknya membimbing pasukan utama” kata Juventus menerusi satu kenyataan.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here