Program hujung minggu Malakat Mall berlangsung meriah

0
129

RAUDHAH CITY- Program hujung minggu di pusat beli belah Malakat Mall berlangsung meriah dengan penglibatan pelbagai peringkat umur.

Paling meriah tentunya Pertandingan Mewarna Semarakkan Kemerdekaan yang disertai oleh 25 kanak-kanak berumur 9 hingga 12 tahun.

Pertandingan anjuran kedai alat tulis conteng itu bermula pada pukul 11.30 pagi hingga 12.30 tengahari sempena sambutan Hari Kemerdekaan.

Selain pertandingan mewarna, turut diadakan ialah persembahan Teh Tarik Merdeka oleh Cef Zainal Abidin Yahya atau Cef Zack dari The Tarik Corner.

Turut diadakan hari ini ialah pertunjukkan masakan Patin Tempoyak Bangsawan oleh Cef Jumi dari Restoran Ayam Kampung Legend.

Bagi memeriahkan program, kuiz berkaitan Hari Kemerdekaan 1957 turut diadakan selain pelbagai promosi membabitkan kedai di Malakat Mall.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here