Radar Gempita bantu ATM patahkan cubaan PATI loloskan diri

0
66
GBAR IHSAN ATM

CYBERJAYA – Angkatan Tentera Malaysia (ATM) hari ini sekali lagi berjaya mematahkan cubaan sekumpulan pendatang asing tanpa izin (PATI) daripada membolosi sempadan negara untuk pulang ke negara mereka.

Markas Divisyen Ketiga Infantri Malaysia (3 Div) dalam satu kenyataan hari ini berkata, cubaan ini berjaya dikesan menerusi radar kereta perisai Gempita yang dioperasikan oleh pasukan Rejimen Kedua Kor Armor Diraja (2 KAD).

Kata kenyataan tersebut, anggota yang bertugas berjaya mengesan pergerakan sebuah bot laju dari arah Punggai, Johor menuju ke Desaru pada pukul 3.30 pagi

Susulan itu, serbuan dan geledahan di kawasan operasi di Tanjung Lompat, Desaru berjaya menahan lapan PATI yang terdiri daripada enam lelaki dan dua wanita berusia dalam lingkungan 24 hingga 54 tahun.

GAMBAR IHSAN ATM

Pihak ATM turut merampas 11 buah telefon bimbit dan sejumlah wang tunai dengan jumlah keseluruhan rampasan dianggarkan bernilai RM15 ribu.

Pada waktu ini, pihak ATM meneruskan kawalan keselamatan di persisiran pantai dan kesemua PATI akan diserahkan ke Balai Polis Bayu Damai untuk tindakan lanjut sebelum menjalani ujian Covid-19.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here