Rusia dakwa hasilkan vaksin Covid-19 pertama di dunia

0
221

MOSCOW – President Vladimir Putin hari ini mengumumkan vaksin Covid-19 pertama untuk kegunaan umum hasil daripada kejayaan penyelidikan dan kajian Institut Gamaleya Moscow di negara itu.

Vaksin yang akan didaftarkan itu didakwa mampu memberikan imuniti ‘lestari’ terhadap ancaman Coronavirus itu dibuktikan melalui ujian vaksin terhadap anak perempuan Putin sendiri.

Putin yang berucap melalui tele-persidangan dengan menteri-menteri kerajaannya berkata, vaksin berkenaan telah diuji selamat, berkesan dan mampu memberi perlindungan jangka masa panjang.

“Hari ini buat pertama kali dalam sejarah, vaksin bagi virus Coronavirus yang baharu akan didaftarkan,” katanya memetik laporan The Independent.

Timbalan Perdana Menteri, Tatyana Golikova berkata, Rusia bercadang untuk melaksanakan proses vaksin terhadap kakitangan kesihatan negara itu bermula Ogos dan secara besar-besaran pada tahun depan.

Sementara itu, Menteri Kesihatan Rusia, Mikhail Murashko berkata, dua suntikan itu akan memberi ketahanan selama dua tahun.

Rusia merupakan salah satu kuasa besar dunia yang menyertai ‘perlumbaan’ menghasilkan vaksin Covid-19 dengan bantuan dana daripada hartawan Kirill Dmitriev.

Pada Julai lalu, United Kingdom mendakwa Rusia melakukan pengodaman maklumat kajian vaksin Covid-19 dari Universiti Oxford.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here