Tiga kedai milik warga asing diserbu DBKL

0
2031
Tindakan penguatkuasaan yang diambil DBKL hari ini

CYBERJAYA – Tiga kedai milik warga asing di sekitar Cheras diserbu dan disita oleh Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) hari ini.

Menurut DBKL dalam satu kenyataan, tindakan penguatkuasaan terhadap warga asing itu diambil kerana menjalankan aktiviti perniagaan tanpa kebenaran.

“Pukul 10 pagi tadi dengan kekuatan 11 petugas, tiga tindakan penguatkuasaan telah dilaksanakan di parlimen Cheras.

“Satu tindakan sita terhadap peniaga barangan bunjut dan dua tindakan sita serta tutup kedai warga asing di Jalan 22 dan Jalan 23, Cheras Baru di bawah Undang-Undang Kecil Pelesenan Penjaja dan Gerai (WPKL) 2016 telah dilaksanakan,” katanya.

Menurut kenyataan itu lagi, kesemua barangan sitaan itu telah dibawa ke stor sitaan DBKL di Jalan Lombong, Cheras.

Sementara itu, DBKL meminta orang ramai yang mempunyai maklumat mengenai aktiviti perniagaan oleh warga asing untuk menyalurkan maklumat terus ke Pusat Panggilan Setempat DBKL di talian 1 800 88 3255 atau ke Pejabat Cawangan DBKL berhampiran.-MT

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here