Tolonglah, jangan pentingkan diri

0
160

SEBAGAI salah seorang individu yang mengikuti perkembangan Covid-19 di seluruh dunia, Cakcibor rasa agak bertuah situasi kita di Malaysia tidak tidak separah negara lain.

Namun, Cakcibor berasa agak kesal dengan sikap segelintir anggota masyarakat yang masih ‘gagal’ memahami arahan kerajaan supaya mengamalkan norma baharu seperti yang termaktub di dalam Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP).

Masih ada yang berdegil, nampaknya atas alasan yang agak menjengkelkan.

Sebagai contoh, insiden semalam yang melibatkan dua individu yang dengan sengaja didapati meloloskan diri daripada kawasan yang dikenakan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan Bersasar (TEMCO) di Kuala Sanglang, Perlis, atas alasan mengisi borang Bantuan Sara Hidup (BSH) di pejabat Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) di Kangar.

Cakcibor tidak nafikan hak mereka, namun dalam hal sebegini, sepatutnya individu berkenaan punya rasa sedar diri untuk membuat rayuan lebih awal.

Kenapa perlu keluar juga, hanya setelah kawasan tersebut diumumkan berada di bawah TEMCO? Sebelum ni, buat apa?

Tindakan dua individu ini menyebabkan pejabat tersebut terpaksa ditutup. Nah, tergendala semuanya.

Jadi, ingatlah, jangan terlalu pentingkan diri terutamanya dalam hal sebegini, kerana akibatnya nanti menyusahkan semua.

Sama seperti apa yang terjadi di pekan Napoh di Kedah, apabila seorang pemilik kedai yang sepatutnya menjalani kuarantin wajib di rumah secara dengan sengaja pergi lepak di kedai miliknya.

Memang tak salah pun, lepak kat kedai sendiri, yang salahnya, langgar arahan kuarantin.

Hasilnya, muncullah kluster Sivagangga yang setakat ini telah menjangkiti seramai 45 individu daripada negeri Kedah, Perlis dan Pulau Pinang.

Jadi, sendiri mau ingatlah…

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here