Virgin Atlantic failkan permohonan bankrupsi

0
89

CYBERJAYA – Syarikat penerbangan Virgin Atlantic telah memfailkan permohonan bankrupsi bagi menyusun kembali strategi perniagaannya.

Menurut portal The Guardian, pemfailan tersebut dibuat dibawah Perkara 15 dalam Kod Bankrupsi Amerika Syarikat (AS) yang membenarkan penghutang asing melindungi aset mereka.

Pengumuman ini tiba selepas beberapa minggu syarikat penerbangan tersebut mengumumkan mereka menerima suntikan modal yang mampu bertahan selama 18 bulan.

Virgin Atlantic hanya mengoperasikan penerbangan antarabangsa jarak jauh, dan telah menggantung perkhidmatan mereka sejak April lalu.

Pemfailan ini merupakan yang kali kedua daripada pengendali penerbangan dalam Virgin Group.

Pada April lalu, syarikat penerbangan kedua terbesar Australia, Virgin Australia telah dimasukkan ke dalam proses pentadbiran kerana menanggung hutang bernilai AUD$6.8 bilion.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here