59 individu ditahan dalam parti liar

0
115

CYBERJAYA- Sebanyak 59 individu termasuk 27 pelajar dan remaja bawah umur ditahan dalam satu operasi parti liar di Jalan Sultan Ismail, Kuala Lumpur awal pagi tadi.

Ketua Polis Daerah Dang Wangi, Asisten Komisioner Mohd. Fahmi Visuvanathan Abdullah berkata, dalam serbuan itu, polis menahan 44 lelaki dan 15 perempuan berumur antara 14 hingga 23 tahun.

Beliau berkata, hasil pemeriksaan ke atas dua lelaki, polis menemukan sebanyak 31 biji pil ekstasi dan ujian saringan awal mendapati 16 suspek positif dadah Amphetamin dan Ketamin.

“Turut dirampas tiga unit Laser Display System, tiga unit speaker dan tiga unit lampu LED.

“Kesemu suspek direman empat hari bermula hari ini sehingga 15 September bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 39A(1) Akta Dadah Berbahaya 1952 dan Seksyen 12(2) akta yang sama,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Dalam pada itu katanya, kesemua suspek juga telah dikenakan kompaun RM1,000 di bawah Peraturan 3 Peraturan- Peraturan Pencegahan dan Pengawalan Penyakit (Langkah-Langkah Di Dalam Kawasan Tempat Jangkitan),” katanya.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here