Agong dimasukkan ke IJN

0
311
Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah

CYBERJAYA – Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah dimasukkan ke Wad Diraja Institut Jantung Negara (IJN) sejak semalam bagi menjalani rawatan.

Datuk Pengelola Bijaya Diraja Istana Negara, Datuk Indera Ahmad Fadil Shamsuddin berkata, baginda dimasukkan ke wad itu selepas mengadu kurang selesa dengan kesihatan baginda.

“Tuanku telah dinasihatkan supaya diawasi oleh doktor ketika ini dan Seri Paduka Baginda tidak berada dalam keadaan yang membimbangkan.

“Baginda juga diijangka akan dibenarkan keluar dari IJN dalam waktu terdekat,” katanya dalam satu kenyataan pada hari ini.

Dalam pada itu, katanya, Raja Permaisuri Agong, Tunku Hajah Azizah Aminah Maimunah Iskandariah yang tiba di Kota Bharu pada semalan dalam rangka lawatan peribadi bergegas pulang untuk bersama dengan baginda.

Katanya, Tunku Hajah Azizah telah membatalkan lawatan tersebut yang dijadualkan selama tiga hari sehingga Rabu.

“Seluruh rakyat diseru untuk bersama mendoakan semoga Al-Sultan Abdullah dikurniakan kesembuhan dengan segera serta dikurniakan kesihatan yang berpanjangan,” katanya.-MT

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here