Agong ucap terima kasih doakan kesejahteraan baginda

0
25
Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah

CYBERJAYA – Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah menzahirkan ucapan terima kasih kepada seluruh rakyat yang mendoakan kesejahteraan baginda.

Titah baginda itu dimuat naik dalam laman Facebook milik Istana Negara hari ini.

Baginda yang masih menerima rawatan di Wad Diraja Institut Jantung Negara (IJN) sejak kelmarin turut menasihati rakyat Malaysia untuk bertenang.

Pada masa sama, baginda turut menitahkan untuk menjaga diri dengan mematuhi prosedur operasi standard (SOP) kerana negara masih menghadapi ancaman Covid-19.

Baginda sebelum ini dimasukkan ke wad itu selepas mengadu kurang selesa dengan tahap kesihatan baginda.

Dalam pada itu, masjid di seluruh Pahang akan mengadakan solat hajat bagi mendoakan kesihatan baginda pada malam ini dan esok selepas solat Jumaat.-MT

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here