Anak syarikat MARA agih zakat perniagaan berjumlah RM95,879

0
42
Abdul Rahman (dua dari kiri) menyampaikan sumbangan wang tunai daripada Rural Capital Berhad kepada wakil PKAYIA

KUALA LIPIS – Rural Capital Berhad (RCB) yang merupakan sebuah syarikat milik penuh kepada Majlis Amanah Rakyat (MARA) mengagihkan zakat perniagaan berjumlah RM95,879 Pusat Kutipan Zakat, Majlis Ugama Islam dan Adat Resam Melayu Pahang (MUIP) di sini semalam.

Menurut Majlis Amanah Rakyat (MARA), pada masa sama, RCB turut menyerahkan cek sumbangan bernilai RM11,000 Pertubuhan Kebajikan Anak-Anak Yatim Islam Al-Ihsan (PKAYIA).

“MARA dengan usahasama RCB telah melaksanakan program tanggungjawab sosial korporat (CSR) di Pusat Pertubuhan Kebajikan Anak-Anak Yatim Islam Kuala Lipis, Pahang, semalam.

“Program tersebut yang dianjurkan menerusi program MARA Prihatin bertujuan untuk meningkatkan ukhwah dan sikap prihatin warga kerja MARA terhadap golongan yang kurang berkemampuan.

“Pada masa sama, ia juga dapat meningkatkan semangat patriotik dan kecintaan kepada agama, bangsa dan negara,” katanya dalam satu kenyataan.

Abdul Rahman yang juga Yang Dipertua PKAYIA menerima replica kunci van sumbangan daripada wakil Makmur Gold

Menurut MARA, program itu turut dihadiri oleh Timbalan Menteri I Pembangunan Luar Bandar, Datuk Seri Abdul Rahman Mohamad.

Dalam pada itu, menurut kenyataan itu lagi, selain daripada sumbangan cek, PKAYIA turut menerima sumbangan sebuah van untuk kegunaan seharian daripada pihak Makmor Gold.

Sebahagian warga kerja MARA yang terlibat dalam Program MARA Prihatin di Kuala Lipis

“Dalam program ini Warga kerja MARA serta agensi terlibat turut bersama-sama di dalam aktiviti gotong royong dalam membersih, mengemas dan mengecat kawasan pusat tersebut dan kemudian memasak bersama-sama bagi meningkatkan ukhwah bersama warga PKAYIA,” ujarnya.-MT

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here